Penipuan | Sindiket mencari pekerja 'scammer' dikesan

2022-05-25 0

Satu sindiket yang aktif memperdaya golongan pencari kerja dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi scammer, berjaya dikesan di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jenayah itu berjaya dihidu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan, di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.